Tuesday, 1 July 2014

SAMBUTAN HARI BAPA DAN HARI LAHIR KANAK-KANAK PAPN KANGAR

Satu program Sambutan Hari Bapa dan sambutan Hari Lahir kanak-kanak PERMATA Negara telah diadakan di Pusat Anak Permata Negara Parlimen Kangar telah diadakan pada hari Khamis yang lalu, bersamaan 26 Jun 2014. 
Matlamat utama program ini adalah bertujuan untuk menghargai dan meraikan jasa bapa bagi kanak-kanak PERMATA Negara yang banyak memberi kerjasama ketika kanak-kanak mereka berada di PERMATA. Hal ini selaras dengan konsep PERMATA yang memerlukan kerjasama diantara ibu bapa dan pendidik dalam membentuk dan membangunkan setiap anak-anak PERMATA Negara. Disamping itu, acara ini dapat mengeratkan lagi hubungan ibu bapa dan pendidik yang diperlukan dalam melealisasikan setiap matlamat dan harapan PERMATA.
Antara acara yang dirancang ketika sambutan hari bapa dan Hari Lahir kanak anak adalah pertandingan menghias makanan antara bapa dan anak-anak PERMATA, sesi memotong kek bagi sambutan hari lahir dan juga sesi barbeque.















No comments:

Post a Comment