Tuesday, 1 July 2014

SAMBUTAN HARI BAPA DAN HARI LAHIR KANAK-KANAK PAPN KANGAR

Satu program Sambutan Hari Bapa dan sambutan Hari Lahir kanak-kanak PERMATA Negara telah diadakan di Pusat Anak Permata Negara Parlimen Kangar telah diadakan pada hari Khamis yang lalu, bersamaan 26 Jun 2014. 
Matlamat utama program ini adalah bertujuan untuk menghargai dan meraikan jasa bapa bagi kanak-kanak PERMATA Negara yang banyak memberi kerjasama ketika kanak-kanak mereka berada di PERMATA. Hal ini selaras dengan konsep PERMATA yang memerlukan kerjasama diantara ibu bapa dan pendidik dalam membentuk dan membangunkan setiap anak-anak PERMATA Negara. Disamping itu, acara ini dapat mengeratkan lagi hubungan ibu bapa dan pendidik yang diperlukan dalam melealisasikan setiap matlamat dan harapan PERMATA.
Antara acara yang dirancang ketika sambutan hari bapa dan Hari Lahir kanak anak adalah pertandingan menghias makanan antara bapa dan anak-anak PERMATA, sesi memotong kek bagi sambutan hari lahir dan juga sesi barbeque.















SAMBUTAN HARI GURU, HARI IBU DAN SUKANEKA DI PAPN KANGAR

Pada hari sabtu yang lalu, bersamaan 10 Mei 2014 iaitu 10 Rejab 1435 telah berlangsungnya sambutan hari ibu bapa dan juga hari sukaneka yang bertempat di Pusat Anak Permata Negara Parlimen Kangar. Sambutan ini juga bagi meraikan Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei 2014. Aktiviti ini turut mendapat kolebrasi daripada Pusat Down syndrome Perlis melalui penyertaan anak-anak down-syndrome. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa, pendidik dan juga pekerja Pusat Down -syndrome Perlis atas kerjasama dalam menjayakan majlis tersebut.













HOME VISIT RUMAH ADIK ABDUL RAHMAN FARHI

Pada Hari jumaat (2/5/2014) Pusat Anak Permata Negara Kangar telah mengadakan aktiviti home visit ke rumah adik Abdul Rahman Farhi. Ribuan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa adik Rahman atas layanan dan sambutan yang baik. Anak-anak juga dapat belajar membuat origami kapal dan kotak :)
















HOME VISIT KE RUMAH ADIK MUHAMMAD AZEEM

Home visit kali ini berkunjung ke rumah adik Muhahammad Azeem. Jutaan terima kasih atas layanan yang mesra yang telah diberikan. Kunjungan ini bertujuan untuk lebih mengenai kehidupan adik Azeem dan juga keluarganya. Semoga kunjungan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan juga pendidik PAPN Kangar. 








HOME VISIT KE RUMAH ADIK AIMAN

Home visit kali ini membawa kanak-kanak untuk melawat ke rumah adik Aiman.. Antara aktiviti yang dijalankan disana adalah kolaj pinggan.. Have fun kiddos!