Monday, 21 April 2014

Lawatan Ke Pusat Sains Negara Wilayah Utara (PSNWU) dan Muzium Negeri Kedah



Satu lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara Wilayah Utara (PSNWU) dan Muzium Padi telah diadakan pada hari Khamis bersamaan 10 April 2014 yang lalu dengan anjuran bersama Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik PAPN Kangar.
Matlamat utama program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak dalam bidang sains, teknologi dan inovasi. Selain itu, kanak-kanak juga dapat menimba pengalaman dan mencuba peralatan yang membantu mereka meneroka bidang sains dan teknologi. Hal ini bertepatan dengan konsep PERMATA yang menggunakan kaedah belajar sambil bermain. Program ini mendapat kerjasama yang baik daripada pihak ibubapa, pendidik dan pihak (PSNWU).























































No comments:

Post a Comment