Satu
lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara Wilayah Utara (PSNWU) dan Muzium
Padi telah diadakan pada hari Khamis bersamaan 10 April 2014 yang lalu dengan
anjuran bersama Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik PAPN Kangar.
Matlamat
utama program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada
kanak-kanak dalam bidang sains, teknologi dan inovasi. Selain itu, kanak-kanak
juga dapat menimba pengalaman dan mencuba peralatan yang membantu mereka
meneroka bidang sains dan teknologi. Hal ini bertepatan dengan konsep PERMATA
yang menggunakan kaedah belajar sambil bermain. Program ini mendapat kerjasama yang baik daripada pihak ibubapa, pendidik dan pihak (PSNWU).