Satu aktiviti pemeriksaan gigi telah dijalankan pada 28/2/2014 bagi melengkapi program yang telah dirancang oleh Persatuan Ibu Bapa Dan Pendidik (PIBP) pada tahun ini. Program ini dijayakan oleh pasukan pergigian Hospital Tuanku Fauziah dan mendapat kerjasama yang baik daripada pihak ibu bapa anak anak PAPN Kangar. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah pergigian, permainan puzzle, pertunjukan puppet, menggosok gigi dan sapuan florida. Matlamat utama program ini adalah bagi memberi kesedaran kepada kanak-kanak mengenai cara menggosok gigi dan menjaga gigi dengan betul.
No comments:
Post a Comment