Thursday, 13 March 2014

Home Visit

Home Visit merupakan aktiviti wajib yang akan diadakan sepanjang tahun. Aktiviti ini bagi mengenak kanak-kanak dengan lebih mendalam dan juga bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara ibu bapa dan pendidik. Kanak-kanak juga dapat mengenal dengan lebih mendalam ahli keluarga rakan di PERMATA. 
Aktiviti Home Visit yang pertama pada tahun ini adalah dengan melawat ke rumah adik Airiel Qusyairi. Kehadiran kami disambut dengan mesra dan baik sekali. Terima kasih diucapkan kepada mama dan papa adik Airiel Qusyairi atas layanan dan kesudian menerima kedatangan anak-anak PERMATA ke rumah mereka.







































Monday, 10 March 2014

Sambutan hari Lahir

Penglibatan Ibu Bapa merupakan agenda penting dalam kurikulum di Pusat Anak Permata Negara (PAPN) Kangar. Berikut merupakan antara contoh-contoh penglibatan ibu bapa yang telah dijalankan di PAPN Kangar:
Sambutan Hari Lahir adik Nur Qistina Humairaa

Adik ibu Qistina Humairaa turut bersama-sama dalam meraikan hari lahir adik Qistina

Pemeriksaan Gigi

Satu aktiviti pemeriksaan gigi telah dijalankan pada 28/2/2014 bagi melengkapi program yang telah dirancang oleh Persatuan Ibu Bapa Dan Pendidik (PIBP) pada tahun ini. Program ini dijayakan oleh pasukan pergigian Hospital Tuanku Fauziah dan mendapat kerjasama yang baik daripada pihak ibu bapa anak anak PAPN Kangar. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah pergigian, permainan puzzle, pertunjukan puppet, menggosok gigi dan sapuan florida. Matlamat utama program ini adalah bagi memberi kesedaran kepada kanak-kanak mengenai cara menggosok gigi dan menjaga gigi dengan betul.